Monday, 18 December 2017

GAYA KEPIMPINAN DAN CIRI-CIRI USAHAWAN

GAYA KEPIMPINAN

Gaya kepimpinan merupakan  cara seseorang pemimpin menggunakan kuasa yang dimiliki sebagai alat untuk
mempengaruhi pekerja supaya bekerja kuat untuk mencapai objektif organisasi.  Pada dasarnya gaya kepimpinan dapat dibahagikan kepada empat jenis seperti yang dijelaskan oleh Blake & Mouton (1964) iaitu:
1  Kepimpinan Autokratik:
Seseorang pemimpin yang autokratik adalah mementingkan pelaksanaan tugas. Dia memimpin dengan menggunakan sumber kuasa formal. Pemimpin yang mengamalkan gaya ini akan membuat keputusan yang berkaitan dengan tugas, mengeluarkan arahan dan memastikan arahan itu dipatuhi. Contoh kepimipnan seperti ini boleh dilihat di dalam industri.
2  Kepimpinan Berperikemanusiaan: 
Kepimpinan yang berperikemanusiaan menunjukkan minat yang lebih terhadap kakitangannya. Dia mementingkan suasana kerja yang baik, dipupuk melalui jalinan persahabatan yang mesra di kalangan semua kakitangan. Konflik cuba dihindarkan dengan menganjurkan permuafakatan.
3  Kepimpinan Demokrasi:
Gaya kepimpinan demokratik dikenali juga sebagai pemimpin yang mengalakkan kesemua kakitangannya
melibatkan diri dalam organisasinya. Peluang diberi kepada setiap ahli organisasi untuk memberikan pendapat atau pandangan sebelum sesuatu keputusan diambil.
4  Kepimpinan Laissez-Faire (kebebasan):
Pemimpin yang mengamalkan stail kepimpinan laissez-faire, tidak begitu berminat dengan urusan yang diamanahkan kepadanya. Beliau biasanya  tidak peduli mengenai kerja mahupun hasilnya. Kuasa yang ada padanya tidak digunakan . Pemimpin jenis ini akan membiarkan semua keputusan dibuat oleh orang bawahannya.
 Gaya kepimpinan yang agung sekali ialah seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. yang diakui oleh seluruh umat sama ada Islam atau bukan Islam.  Seorang ahli sejarah dan astronomi bernama Michael Hart telah menulis bahawa orang yang sangat berpengaruh di antara jutaan orang yang
lahir iaitu Muhammad pemimpin Islam; sebab dialah satu-satunya orang dalam sejarah yang berjaya gilang-gemilang dalam dua bidang sekali gus, iaitu kehidupan agama dan melaksanakan pengurusan umat
di dunia.

CIRI-CIRI PEMIMPIN DAN USAHAWAN:
i. Semangat
 – mereka mempunyai cita-cita, ketabahan, ketekunan, tekad, daya usaha, tenaga dan hasrat untuk berjaya. 
ii.  Kejujuran dan integriti
- mereka mempunyai sikap terbuka, boleh dipercayai, jujur dan boleh diharapkan.
iii. Dorongan kepimpinan
- mereka mempunyai hasrat yang tinggi mahu mempengaruhi individu lain supaya menyokong usaha
mencapai tujuan dan matlamat yang sudah ditetapkan oleh pemimpin. 
iv.  Keyakinan diri
- mereka sangat percaya pada keupayaan diri sendiri.
v.  Kepintaran
- mereka berupaya menggabungkan dan mentafsirkan maklumat-maklumat yang banyak. Kajian
mendapati otak yang sangat pintar belum tentu boleh membuatkan seseorang itu menjadi pemimpin yang berjaya malah adakalanya menimbulkan kesan negatif pula.
vi.  Pengetahuan dalam bidang
- mereka mempunyai ilmu dan kepakaran yang cukup dalam bidang yang dipimpin.
vii.  Kreativiti
- mereka berupaya mencipta idea-idea baru yang berguna.
viii.  Fleksibiliti
- mereka berupaya menyesuaikan diri kepada keperluan individu yang mereka pimpin dengan keperluan situasi dan masa. 

No comments:

Post a Comment