Tuesday, 19 December 2017

USAHAWAN BERJAYA - PENGASAS SANI EXPRESS

 






LATAR BELAKANG.
(Profil)

NAMA               : Datuk Wan Mohammad Sani Salleh
USIA                : 38 tahun
LAHIR              : 24 Julai 1976 di Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu
ADIK BERADIK: Keempat daripada enam beradik
PENDIDIKAN    : Diploma Pengurusan Perniagaan Kolej Sunway (1994)
JAWATAN        : Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (Sani Express Sdn Bhd, Sani Properties  
 Sdn Bhd  dan Sani Hotel Sdn Bhd).
PENCAPAIAN   : Dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran
   Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah (Jun 2009) dan Anugerah   
  Usahawan Cemerlang Dewan Perniagaan Melalyu Malaysia (DPMM) Kuala Lumpur
  (April, 2009).

 


PEMBANGUNAN PERNIAGAAN YANG DIJALANKAN.

PADA usia ini, anak muda ini bagaikan memiliki segala-galanya. Perniagaan yang memberi pulangan jutaan ringgit, bangunan sendiri sebagai pusat operasi perniagaan dengan kos pembelian serta pengubahsuaian mencecah RM7 juta, memandu kereta Ferrari F360 Modena bernilai RM1 juta dan mendiami banglo mewah bernilai RM9 juta.

Memang selayaknya anak muda itu digelar jutawan, tetapi dalam pertemuan baru-baru ini, beliau lebih gemar merendah diri dan mengatakan apa dimilikinya hari ini adalah rezeki diberi Allah SWT.

“Saya berusaha keras untuk capai kejayaan seperti hari ini. Namun, ketentuannya adalah daripada Allah SWT,” kata anak muda itu.

Anak muda yang dimaksudkan adalah Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (SUSB), Datuk Wan Mohammad Sani Salleh, 38. Sejak tiga tahun lalu di sana-sini namanya sering menjadi sebutan. Namanya harum kerana bas berwarna merah yang terukir namanya sendiri. Siapa tidak pernah mendengar nama Sani Express. Destinasi ke ‘Pantai Timur’ sudah ditawan dan kini semakin ligat meneroka destinasi ke Alor Setar di utara. Lebih mengagumkan, bermula bulan ini 25 bas dimiliki, semuanya bas dua tingkat yang tampak elegen dan semestinya menjanjikan keselesaan.

Bagi Wan Mohd Sani atau lebih mesra dengan panggilan Sani, apa dikecapinya hari ini di luar jangkaan, malah tidak pernah diimpikannya. Beliau memulakan perniagaan atas dasar minat dan mahu merubah kehidupannya ke tahap lebih baik.

“Biasalah… dulu saya seperti ‘main-main’. Masuk industri hiburan, jadi model, penyanyi dan pelakon sehingga lama kelamaan saya sedar sampai bila saya harus begitu.

“Ketika itu hidup sekadar untuk cari makan dan hiburkan diri sendiri. Bukan saya kata bidang hiburan tak menjanjikan kejayaan, tetapi biasanya sukar untuk cemerlang dalam bidang itu,” katanya ketika ditemui di Wisma Dato’ Sani di Klang Sentral, Klang bersama rakan karibnya, Pengarah Urusan Federal Malay Holding Sdn Bhd, Datuk Sharifuddin Musa.

Selama beberapa tahun menceburi bidang hiburan, Sani mengakui tidak nampak masa depannya dalam bidang itu. Rakannya sejak zaman kanak-kanak, Datuk Sharifuddin dijadikan sebagai inspirasi selepas melihat rakannya berjaya dalam perniagaan.

“Melihat rakan yang berjaya, terutama Datuk Din (Datuk Sharifuddin), saya berasa ketinggalan. Dulu dia pernah bersama-sama saya menjadi model, tetapi dia meninggalkan bidang itu terlebih dulu untuk berniaga sehingga berjaya.

“Pada masa sama saya sedar, umur semakin meningkat dan yang boleh merubah keadaan saya ketika itu hanya diri saya sendiri,” katanya yang pernah menganggotai kumpulan Impression bersama Norman Hakim dan Eizlan Yusof.

Beliau meletakkan tekad untuk merubah tahap kehidupannya dengan berniaga sendiri.
Katanya, beliau bermula dengan membuka bengkel membaiki kenderaan di beberapa tempat seperti Kuala Lumpur dan Terengganu dan seterusnya mencuba perniagaan dalam bidang pengangkutan iaitu bas yang sememangnya menjadi minatnya.

“Ketika zaman sekolah, saya bersekolah di Kuala Terengganu dan keluarga pula di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Apabila berpeluang pulang ke Kuala Lumpur saya memilih bas sebagai pengangkutan.

“Boleh dikatakan rutin saya ketika bercuti hanya menaiki bas dan tidur di atas bas. Jika ada cuti sehari sekalipun, malam saya naik bas ke Kuala Lumpur dan pada malam keesokan harinya saya pulang ke Kuala Terengganu,” katanya.
Ketika memulakan perniagaan dalam bidang pengangkutan, pelbagai cabaran getir terpaksa ditempuh dan beliau perlu bekerja keras sehingga terpaksa tidur di pejabat.

Pada 2003 Sani menubuhkan SUSB khusus untuk perniagaan pengangkutan itu.
“Ketika itu saya bersama dua lagi rakan kongsi. Namun tidak lama kemudian dua rakan itu menarik diri, menyebabkan saya terkontang-kanting seorang diri. Keadaan ketika itu memang getir,” katanya.
Beliau terpaksa berhati-hati kerana sebarang keputusan dibuat adalah tanpa dirujuk kepada sesiapa.

“Ketika ada dua rakan kongsi itu, saya boleh merujuk kepada mereka, tetapi apabila seorang diri, saya perlu membuat keputusan sendiri.

“Jika tersilap membuat keputusan, memang saya akan jatuh. Justeru sebelum membuat keputusan, saya fikir 10 kali,” katanya.

Sani berkata, ketika itu beliau hanya ada seorang pekerja dan dengan menggunakan sepenuhnya kudrat dan buah fikirannya, segala perancangan untuk memulakan operasi bas ekspres yang diimpikannya hanya menampakkan hasil selepas tiga tahun bertungkus lumus dan modal daripada institusi kewangan.

Katanya, beliau menanggung risiko besar kerana pinjaman yang dibuat, tetapi beliau berani dan yakin dengan apa yang dibuat.

“Bayangkan jika apa yang saya buat tidak menjadi. Bagaimana saya dapat melunaskan pinjaman dalam jumlah besar itu?

“Apapun pada Januari 2006 Sani Express ada di jalan raya dan alhamdulillah perjalanan perniagaan ini lancar, mendapat sambutan dan sejak itu perniagaan saya semakin pesat berkembang,” katanya.
Sani membuktikan ‘jalan’ dipilihnya berbaloi kerana hanya dalam tempoh tiga tahun Sani Express menunjukkan prestasi luar biasa.

Daripada seorang pekerja, Sani kini mempunyai 150 kakitangan sendiri. Daripada pejabat kecil di Ukay Perdana, Sani kini ada wisma sendiri yang dibeli dan diubahsuai dengan belanja mencecah RM 7 juta.
Wisma tiga tingkat dinamakan Wisma Dato’ Sani di Klang Sentral itu serba lengkap. Selain menjadi pusat operasi, wisma itu dilengkapi asrama, pusat latihan dan surau.

Paling menarik, segala operasi di kaunter tiket Sani Express di setiap negeri dipantau secara langsung menerusi kamera litar tertutup yang dipancarkan terus ke wisma berkenaan.

Menurut Sani, selain minat, antara faktor kejayaannya adalah sikapnya yang tidak malu bertanya dan belajar daripada sesiapa saja.

“Saya bukan sekolah tinggi sangat. Saya belajar daripada orang berpengalaman, malah dengan sesiapa saja. Dengan pemandu bas saya belajar, dengan mekanik saya belajar, malah dengan orang yang pernah gagal juga saya belajar kerana kegagalan itu akan saya jadikan iktibar.

“Daripada situ kita dapat ilmu, malah sampai sekarang saya masih belajar. Saya buat analisis dan kajian sendiri, baru kita boleh kendalikan perniagaan dengan baik,” katanya.
Statusnya sebagai orang bujang juga banyak memberi kelebihan kepadanya.

Beliau belum berkeluarga dan mampu memberi tumpuan 100 peratus kepada perniagaan.
“Setakat bekerja keras dari siang hingga tengah malam, ia ibarat alah bisa tegal biasa,” katanya yang menganggap pengalaman menjadikan bas ekspres sebagai pengangkutan utamanya dulu turut menjadi faktor kejayaannya.

“Dari dulu saya guna pengangkutan awam (bas ekspres), jadi saya tahu apa yang pelanggan nak dan saya gunakan pengalaman itu ketika menguruskan Sani Express.

“Selain itu saya mengambil berat setiap jawatan yang ada di syarikat ini, daripada kerani kaunter hinggalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Ini kerana jika satu saja jawatan tidak berfungsi dengan baik, operasi syarikat akan terganggu,” katanya yang mesra dengan kakitangannya.
Sani berkata, tanpa keberkatan dan doa juga, tidak mungkin beliau berjaya.

“Apa jua perkara yang kita lakukan, kita kena berpegang kepada agama. Buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang.

“Doa juga penting dan dalam hal ini ibu saya Sharifah Aini Syed Ibrahim Jamalulai sering mendoakan saya, begitu juga ayah saya. Kita juga perlu ingat kepada orang yang pernah membantu kita,” katanya.





MEMILIH USAHAWAN TERSEBUT KERANA:


1.  GIGIH BERUSAHA.

Melalui pengalaman yang dilalui dan menjadikan temannya sebagai inspirasi, beliau meletakkan tekad untuk merubah tahap kehidupannya dengan berniaga sendiri. Beliau gigih berusaha menggunakan sepenuhnya kudrat dan buah fikirannya, segala perancangan untuk memulakan operasi bas ekspres yang diimpikannya hanya menampakkan hasil selepas tiga tahun bertungkus lumus dan modal daripada institusi kewangan. Oleh itu, saya ingin menjadikan beliau sebagai sumber inspirasi saya supaya saya tidak mudah putus asa dan sentiasa berusaha agar impian yang saya hajati akan menjadi kenyataan.


2.  BERANI MENGAMBIL RISIKO.

Beliau perlu membuat keputusan seorang diri kerana 2 orang rakannya telah menarik diri. oleh itu, untuk membuat sesuatu keputusan beliau harus berhati-hati. Jika tersilap membuat keputusan, beliau akan jatuh. Justeru sebelum membuat keputusan, beliau berfikir 10 kali agar risiko yang bakal dihadapi dapat ditanggung oleh beliau. Sememang begitu, untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, kita seharusnya berani berhadapan dengan sebarang risiko yang bakal dihadapi. Disebabkan oleh sikap beliau yang sentiasa berfikiran kehadapan, saya menjadikan beliau sebagai idola saya supaya suatu hari nanti saya juga dapat berada pada tahap yang beliau berada sekarang.


3.  SIKAP INGIN TAHU.

Perasaan ingin tahu memang penting dalam dalam menjalani kehidupan seharian. hal ini demikian kerana perasaan ingin tahu terhadap sesuatu benda menjadikan seseorang itu berjaya dalam hidupnya. bak kata pepetah melayu "Malu bertanya sesat jalan". Oleh itu, melalui pertanyaan kita akan memperolehi maklumat dan menjadikan maklumat itu sebagai panduan untuk kita terus melangkah kehadapan. Beliau juga belajar daripada orang yang berpengalaman, malah beliau juga pernah belajar dengan orang yang gagal kerana kegagalan itu dapat dijadikan sebagai ikhtibar. Oleh itu, penting bagi semua orang untuk menjadikan kisah masa lalu sebagai pengajaran agar ia dapat memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan dan terus maju kehadapan.


4.  MERENDAH DIRI.

Walaupun beliau layak digelar sebagai jutawan, namun beliau lebih suka merendah diri dan menganggap apa yang beliau miliki hari ini adalah rezeki dan ketentuan daripada Allah swt. Sikap ini merupakan sikap yang baik yang dapat dijadikan teladan kepada semua orang kerana setiap rezeki yang diperolehi adalah rezeki daripada Allah. Kita sebagai manusia harus mensyukuri segala pemberian daripada Allah disamping kita berusaha bersungguh-sungguh.

Masalah Pra start-up , Start-up dan Post start-up perniagaan yang dihadapi oleh usahawan

Usahawan ialah orang yang melibatkan diri dalam sesuatu perniagaan atau perusahaan. Dia bertanggungjawab dalam mengusaha sesuatu perusahaan samada dalam bidang pertanian, penternakan, pengeluaran atau perkhidmatan. Pendek kata usahawan ialah orang yang berusaha membuat sesuatu yang baru (kreatif), merancang dan mencipta sesuatu yang lebih baik (inovatif), mengatur serta mewujudkan pasaran dan sanggup menghadapi risiko.Sebagai seorang usahawan, anda pasti tahu dan mengaku bahawa tak ada seorang usahawan pun yang dapat lepaskan diri daripada menghadapi masalah. Masalah tak akan pernah habis melanda usahawan semenjak dari mula berniaga, ketika perniagaan masih kecil sehinggalah perniagaan berkembang dan membesar.Oleh itu, saya akan mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh usahawan selama memulakan perniagaan ,start-up dan selepas start-up.

Pra start-up perniagaan
Biasanya masalah yang akan dihadapi oleh usahawan pada pra-start-up perniagaan ialah  tidak mendapat sokongan keluarga.Ini disebabkan ,sebagai seorang usahawan perlu menghadapi risiko yang tinggi berbanding dengan pemilik perniagaan kecil, ahli keluarganya takut kegagalan apabila perniagaan tidak Berjaya dijalankan.Kedua masalah ialah tidak mempunyai modal permulaan yang mencukupi. Modal permulaan bukanlah bermakna modal yang anda perlu ada, hanya untuk memulakan perniagaan semata-mata.Tapi ia bermakna modal yang anda akan gunakan sekurang-kurangnya, sehingga anda mendapat kembali sepenuhnya modal tersebut.Modal yang paling baik adalah modal yang dapat digunakan untuk menampung perniagaan anda, untuk sekurang-kurangnya setahun dari hari ia mula beroperasi.Maka kekurangan modal akan menyebabkan perniagaan menjadi gagal .Selain itu, masalah yang dihadapi oleh usahawan ialah masalah pemilihan lokasi yang strategic. Usahawan mesti bijak memilih lokasi yang strategik atau sesuai bagi menjamin kejayaan perniagaan. Perniagaan harus diletakkan di tempat yang mempunyai daya kuasa beli yang tinggi dan kurang persaingan.Pemilihan lokasi juga boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti modal, kos sewa, persaingan, kemudahan infrastruktur, undang-undang dan lain-lain.Kegagalan memilih lokasi yang strategic akan menyebabkan perniagaan tidak Berjaya.

Start-up perniagaan
Untuk membangunkan sebuah perniagaan bukannya senang malah sangat rumit.Pada start-up perniagaan ,usahawan akan menghadapi masalah  melayan kerenah pelanggan yang pelbagai.Usahawan perlu peka dengan perkembangan semasa dan kepelbagaian corak fesyen kerana ramai pelanggan mahukan sesuatu yang baru.Oleh itu usahawan kena tidak malu untuk belajar  mengejar pembaharuan itu. Di samping itu , ialah masalahi pekerja disebabkan oleh tingkah lakunya .Biasanya usahawan akan menghadapidengan pekerja yang tak buat kerja, malas, suka ponteng, tak tahu nak buat kerja, tak berminat datang kerja, tak boleh diharapkan, tak bekerjasama dan senarainya akan datang berjela-jela.Masalah yang ketiga akan dihadapi oleh usahawan ialah masalah jualan .Apabila masalah pemasaran berjaya diselesaikan dan berjaya membuka pagar yang memisahkan antara pelanggan dengan syarikat anda, timbul pula masalah jualan. Pelanggan datang tapi tak beli. Atau pelanggan beri respon tapi tidak dilayan pula dan sebagainya.Ini merupakan antara masalah yang akan dihadapi oleh usahawan pada start-up perniagaan.

Post start-up
Masalah yang akan dihadapi oleh usahawan pada level ini ialah masalah kehilangan semangat. Ini merupakan masalah pada diri usahawan itu sendiri yang adakalanya datang dan pergi.Apabila perniagaan  rugi teruk, semangat untuk berniaga turun, bila banyak kerja sangat tapi tak untung, semangat juga akan mula pudar. Masalah ini perlu dihadapi dan diselesaikan walau dengan apa cara sekalipun. Kerana ia merupakan perkara paling penting nombor satu dalam menjadi seorang usahawan yang berjaya.Kedua masalah yang dihadapi ialah persaingan . Usahawan mesti memikirkan tentang persaingan yang akan dihadapinya. Kajian perlu dibuat untuk mengenal pasti pesaing-pesaing, bilangannya, saiz perniagaan mereka, kekuatan dan kelemahan mereka dan sambutan para pelanggan terhadap perniagaan mereka.Seterunya ialah masalah potensi berkembang. Masa hadapan perniagaan tersebut hendaklah dikaji dengan teliti samada ianya berpotensi untuk berkembang maju lagi atau tidak. Kajian masa hadapan ini boleh dilakukan dengan melihat statistik-statistik serta keadaan pasaran semasa.


Kesimpulannya ,untuk menjadi seorang usahawan bukannya senang terdapat banyak masalah perlu dihadapi dan dikaji secara teliti demi kerjayaan perniagaan masa hadapan. 

5 TABIAT PEMUSNAH KEJAYAAN SEBAGAI USAHAWAN

1.    Suka Bertangguh
Saya perlu mengaku bahawa inilah di antara tabiat paling utama saya yang memang agak mencabar untuk saya ubah iaitu tabiat suka bertangguh atau dalam Bahasa Inggeris adalahprocrastination. Jika anda memiliki tabiat ini, anda akan sering memberikan alasan mengapa tidak perlu melakukan sesuatu perkara yang penting untuk bisnes internet sekarang. Anda akan memberikan pelbagai alasan untuk mengelak daripada melakukannya seperti anda akan melakukannya besok, atau minggu depan, atau selepas menonton satu rancangan televisyen atau selepas bangun tidur, dan sebagainya. Selalunya kerja yang kita tangguhkan itu terus tertangguh dan kita tidak melakukannya pada masa yang telah kita katakan itu. Oleh itu, tabiat ini menjadi di antara pencuri masa yang paling utama buat seseorang usahawan internet.
2. Tidak Mahu Berubah
Satu lagi tabiat buruk yang menjadi penghalang kepada kita untuk berjaya adalah tabiat tidak mahu berubah atau suka kepada status quo. Apabila kita didedahkan kepada pelbagai perkara baru seperti perisian baru, cara pemasaran baru atau cara baru untuk melakukan sesuatu kerja, kita berasakan yang kita tidak memerlukan semua itu. Kita mengandaikan bahawa kita boleh berjaya dengan terus melakukan apa yang telah kita lakukan selama ini tanpa perlu berubah. Cabarannya di sini adalah dunia bisnes internet sentiasa berubah. Apa yang telah berjaya sebelum ini belum tentu lagi akan berjaya pada masa hadapan. Oleh itu, sikap atau tabiat kita yang tidak suka kepada perubahan ini bakal menjadi batu penghalang kepada kejayaan kita.
3. Suka Berpandangan Negatif
Sebagai manusia, kita tidak akan dapat lari dari bersikap atau berasa yang orang lain adalah lebih baik daripada kita. Lebih-lebih lagi jika kita masih lagi baru kepada dunia bisnes internet atau lebih dikenali sebagai newbie. Apabila kita melihat usahawan internet lain mencapai kejayaan, kita mungkin akan mengatakan bahawa Dia bolehlah, dia memang pandai bercakap atau Dia memang pandai IT, sebab tu dia boleh berjaya. Kita sering beranggapan bahawa kejayaan itu cuma boleh diperolehi oleh orang lain sahaja dan bukannya kita. Kita cuma mampu untuk mencapai kejayaan secara kecil-kecilan sahaja. Tidak layak untuk mencapai kejayaan yang besar di dalam kehidupan kita. Sikap atau tabiat ini tidak sihat dan boleh merencatkan kejayaan kita di dalam bisnes internet.
4. Pengurusan Kewangan Rapuh
Sebagai seorang usahawan internet yang mungkin cuma menjalankan bisnes internet anda secara seorang diri, anda sudah perlu menitik-beratkan soal pengurusan kewangan di dalam bisnes internet anda. Terlalu ramai usahawan internet baru yang tidak pandai menguruskan kewangan bisnes internet mereka sehingga membuatkan mereka tidak mampu menjana keuntungan yang besar di dalam bisnes internet. Terlalu ramai yang langsung tidak mengendahkan pengetahuan dan ilmu pengurusan kewangan yang baik untuk bisnes internet mereka. Jika anda secara berseorangan gagal menguruskan kewangan anda, bagaimana pula keadaannya jika anda sudah memiliki bisnes yang besar dengan jumlah pekerja yang ramai? Sudah pasti anda akan menghadapi masalah yang lebih besar. Oleh itu, tingkatkan pengetahuan kewangan anda untuk membantu anda berjaya pada masa hadapan.
5. Berhenti Belajar
Terus terang saya katakan bahawa di antara faktor kejayaan seseorang usahawan internet adalah dia tidak akan berputus asa dan berhenti dari mempelajari ilmu keusahawan dan juga ilmu kejayaan. Gedung ilmu dunia terlalu besar dan terlalu banyak lagi perkara yang belum kita ketahui mengenai ilmu keusahawan, ilmu kejayaan, ilmu pemasaran, ilmu komunikasi dan pelbagai ilmu lain yang menjadi tonggak kejayaan buat seseorang usahawan internet. Malangnya kita seringkali bergelut dengan nafsu kita yang tidak ingin mempelajari sesuatu perkara baru yang berguna untuk bisnes internet kita. Dunia bisnes internet berubah dengan pantas. Oleh itu, sudah pasti akan ada ilmu-ilmu baru yang boleh kita pelajari untuk meningkatkan kejayaan bisnes internet kita.

4 CABARAN KEUSAHAWANAN

Cabaran #1: Mendapat Tentangan Keluarga

Ramai yang hanya mendiam diri apabila ada dikalangan ahli keluarga yang memulakan perniagaan. Lebih buruk lagi apabila ada dikalangan ahli keluarga yang memberikan reaksi negatif berkenaan dengan perniagaan yang mahu diceburi.

Kuatkan hati, akal dan minda untuk terus mengatasi masalah ini. Ingatlah bahawa suatu hari nanti mereka pasti akan mula mengubah persepsi mereka setelah melihat kejayaan kita.

Cabaran #2: Tidak Mempunyai Aliran Tunai Konsisten

Punca utama sesuatu perniagaan gulung tikar dalam tempoh kurang tiga tahun adalah tidak mempunyai aliran tunai yang konsisten dan pengurusan kewangan yang mantap.

Jalan penyelesaian untuk masalah ini, usahawan amat digalakkan mempelajari bagaimana mengurus kewangan dengan lebih sistematik dan berkesan. Terdapat banyak agensi kerajaan yang menganjurkan bengkel dan seminar pengurusan kewangan yang boleh dirujuk.

cabaran-keusahawanan-penghalang-kjayaan-2


Cabaran #3: Masa Antara Keluarga & Bisnes

Kejayaan bererti pengorbanan dan sekiranya seseorang usahawan tidak sanggup berkorban masa dan tenaga untuk perniagaan, kejayaan tidak akan berani menghampiri anda.

Memang benar keluarga itu adalah yang pertama, tetapi anda harus menerangkan kepada mereka situasi anda sekarang ini supaya mereka faham dan tidak banyak mengambil masa anda agar anda boleh kekal fokus menguruskan perniagaan anda.


Cabaran #4: Kurangnya Ilmu & Strategi Bisnes

Ilmu bukan sahaja dituntut semata-mata untuk anda menjawab soalan peperiksaaan sahaja. Ilmu perlu dicari supaya anda cukup bersedia menghadapi apa sahaja ‘persoalan’ yang muncul dalam perniagaan anda.
Sentiasalah belajar dari semasa ke semasa berkenaan dengan ilmu-ilmu perniagaan yang baru agar perniagaan anda boleh kekal konsisten dan lebih berjaya pada masa depan.
Usahawan yang berjaya mendaki gunung kejayaan adalah mereka yang bertekad mahu mencapai kejayaan. Manakala usahawan yang hanya menunggu dan lihat serta memilih jalan selesa akan sentiasa berada ditakuk lama dan menjauhi kejayaan.

CIRI-CIRI USAHAWAN ABAD KE-21

1.      DAPAT MELIHAT DAN MENGAMBIL PELUANG
Usahawan pada abad ke-21 bukan sahaja pandai melihat dan mengambil peluang tetapi perlu juga pandai menganalisis, merumus dan mengambil tindakan terhadap peluang yang ada. Usahawan yang merebut dan melaksanakan peluang merupakan pra-syarat untuk berjaya. Sebagai seorang usahawan yang dapat meramal dan menganalisis peluang, mereka tidak akan melepaskan peluang yang boleh membawa keuntungan kepada organisasinya begitu sahaja. Usahawan yang mempunyai ciri-ciri ini dikatakan seorang yang unik kerana mereka mampu melihat masa depan yang lebih jauh daripada orang ramai terhadap peluang yang bakal diambilnya.

2.     MEMPUNYAI MAKLUMAT
Maklumat yang terkini, jelas dan tepat merupakan sumber untuk bertindak dengan pantas. Bagi usahawan ke-21 ini, maklumat yang tepat lagi berguna merupakan salah satu faktor untuk mereka berjaya. Bagi mendapatkan maklumat yang terkini, tepat dan jelas, usahawan haruslah mempunyai kepintaran rangkaian luaran bagi perniagaannya.  Kepintaran rangkaian inilah yang akan membantu usahawan dalam mendapatkan maklumat dan menggunakan maklumat dengan baik dan berkesan.

3.    KREATIF DAN INOVATIF
Usahawan haruslah mempunyai ciri-ciri kreativiti dan inovasi. Usahawan yang kreatif dan inovatif ialah seseorang yang dapat menghasilkan idea dan konsep baru dan dapat menterjemahkannnya kepada produk yang dapat dikormersialkan. Usahawan yang kreatif merupakan usahawan yang mempunyai banyak idea, panjang akal dan berupaya menghasilkan produk baru dan canggih serta unik. Manakala usahawan yang mempunyai ciri inovatif ialah usahawan yag sentiasa ingin memperkembang dan membuat pembaharuan dalam kerjayanya. Usahawan pada abad ke-21 perlu mempunyai ciri-ciri kreativiti dan inovasi bagi mendapat kelebihan persaingan terutamanya dalam bidang yang menggunakan teknologi tinggi dan terkini. Jika tidak, usahawan akan dianggap ketinggalan dan tidak dapat bersaing di pasaran global. Sebagai contoh, usahawan yang pandai dalam kreatif dan inovasi ini ialah Datuk Tony Fernandes, kerana beliau mencipta satu penerbangan yang mampu dinaiki ole semua orang iaitu penerbangan tambang murah. Mungkin orang lain tidak terfikir hal ini, namun dengan pengalaman dan pemerhatian beliau menjadikan beliau berjaya sehingga kini.

4.    BERFIKIRAN YANG BEBAS
Usahawan pada abad ke-21 pastinya seseorang yang dapat berfikiran bebas dan matang. Seseorang yang berfikiran bebas dapat melihat, merebut dan menganalisis peluang yang ada dengan sendirinya. Usahawan yang berfikiran ini akan sentiasa terbuka mindanya serta tidak mudah dipengaruhi oleh anasir yang tidak sihat kerana usahawan adalah peneraju kejayaan sesebuah perniagaan. Usahawan akan menjadikan pendapat orang lain seperti rakan kongsi, pengurus dan pekerja bawahannya sebagai panduan, namun segala keputusan akan dibuat berdasarkan semua pihak yang berkepentingan dengannya.

5.     OPTIMISTIK
Optimistick merupakan ciri-ciri usahawan yang sentiasa berfikiran ke hadapan dan sentiasa berfikiran positif terhadap tindakan yang akan diambil. Usahawan yang mempunyai ciri-ciri ini tidak akan pesimis terhadap kesulitan, kesempitan dan kesusahan yang dihadapinya. Usahawan yang optimistik menganggap segala kesusahan dan kepayahan merupakan asam garam dalam bidang perniagaan yang akan ditempuhi oleh semua orang.

6.     BERTINDAK SEBAGAI INNOVATOR
Pada abad ke-21 kini, Malaysia amat memerlukan usahawan yang dapat bertindak sebagai inovator. Inovator boleh didefinisikan sebagai semangat mencipta serta mengilhamkan konsep dan idea yang baru. Sifat inovator yang terdapat pada diri usahawan memperlihatkan bahawa mereka adalah seorang yang bijak, panjang akal dan sentiasa berilham. Seseorang yang berinovasi akan sentiasa memikirkan perubahan serta melaksanakan perubahan dan membuat pembaharuan yang releven dan realistik. Usahawan yang mempunyai ciri inovator akan sentiasa membuat pembaharuan dan membawa kejutan kepada orang ramai kerana tiada yang serupa dengan pembaharuan sebelum ini.


7.     MENGAMBIL RISIKO YANG DIPERHITUNGKAN
Seperti sifat umum yang ada pada seseorang usahawan, usahawan yang ingin berjaya pada abad-21 juga perlu mengambil risiko serta berhadapan dengan risiko yang telah diperhitungkan. Seperti yang kita sedia maklum bahawa hukum umum bagi sesuatu risiko, ialah semakin tinggi risiko, semakin tinggi pulangannya. Namun begitu, pada abad ke-21 kini, seseorang usahawan haruslah mengira dan memperhitungkan risiko yang bakal dihadapi bagi mengelakkan kemungkinan kerugian pada masa hadapan.

8.     SIFAT KEPIMPINAN
Sifat kepimpinan yang terdapat dalam diri usahawan haruslah selari dengan matlamat dan visi perniagaannya. Ini adalah kerana sifat kepimpinan merupakan satu sifat yang amat penting bagi perkembangan sesebuah perniagaan. Sehingga kini terdapat banyak sifat kepimpinan yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin, antaranya kepimpinan karismatik, kepimpinan ‘transactional’, kepimpinan transformasi serta kepimpinan ‘visionary’.

CIRI-CIRI USAHAWAN BERJAYA

1. Inisiatif dan Bertanggung jawab
Kebanyakan para pengkaji bersetuju keberkesanan aktiviti usahawan adalah dengan mencari dan mengambil inisiatif. Golongan ini sanggup meletakkan diri dengan mencari dan mengambil inisiatif. Mereka dilihat sebagai orang yang bertanggung jawab di dalam sesuatu opeasi tidak kira sama ada berjaya atau gagal. Usahawan adalah seorang yang bertanggung jawab terhadap apa yang akan berlaku. Mereka mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah di mana tidak ada pemimpin lain yang sanggup mengambilnya.
..
     
 2. Komitmen Yang Tinggi
Kejayaan sesuatu usaha bergantung kepada komitmen usahawan tersebut. Komitmen membantu usahawan untuk mengatasi ancaman dan rintangan di dalam perniagaan. Komitmen usahawan terhadap idea dan pelaburan mereka menentukan kejayaan pelaburan yang mereka usahakan
..
3. Orientasi Peluang (kesempatan)
Fokus usahawan dan mula merebut peluang tidak bergantung kepada kajan, struktur atau startegi. Mereka bermla dengan peluang yang ada dan membiarkan kefahaman mereka menadi panduan ke atas isu-isu yang penting. Usahawan mempunyai kebijaksanaan di dalam mencari peluang yang ada. Di dalam mencari peluang perniagaan baru, usahawan melihat peristiwa atau kejadian sama seperti orang lain, tetapi hasilnya atau penlaian terhadap peristiwa tersebut adalah berlainan. Usahawan bukan sahaja berkebolehan mencari mencari peluang yang ada tetapi mempunyai kebolehan untuk meraih peluang tersebut.
..
4. Mengambil Risiko Secara Sederhana
Usahawan bukanlah seorang yang sanggup mengambil risiko secara membabi buta, segala risiko yang bakal dihadapi telah diambil kira. Apabila seseorang usahawan melibatkan diri di dalam sesuatu pelaburan, semua perkiraan telah diambil kira demi untuk mengelakkan usahawan tersebut menanggung risiko yang tidak sepatutnya.

5. Keyakinan dan Optimistik
Usahawan mempunyai keyakinan diri yang tinggi i atas kebolehan mereka untuk mencapai kejayaan. Kecenderungan ini membuakan mereka bersikap otimistik terhadap kejayaan yang akan mereka kecapi dan sikap ini berdasarkan kepada keadaan sebenar. Dengan mempunyai keyakinan dan optimistik yang tinggi, tidak hairanlah banaak usahawan yang pernah gagal berkali-kali akhirnya menjadi seorang usahawan yang berjaya.
..
6. Kreatif dan Inovatif
Kreatif dan inovatif adalah perkara utama yang perlu ada pada seiap usahawan untuk memperoehi kelebihan persangan di dalam pelaburan mereka. Melalui fikiran yang kreatif, inovatif dan daya imaginasi, usahawan boleh menghasilkan produk yang khusus dan perkhidmatan kepada para pengguna. Kreativiti boleh dipelajari.

..7. Mencari Maklum Balas
Usahawan suka mengetahui bagaimana prestasi mereka dan sering kali cuba memperbaikinya. Mereka aktif mencari dan menggunakan maklum balas yang diterima sebagai cara untuk memperbaiki prestasi mereka. Dari maklum balas, usahawan boleh mempelajari dari kesilapan yang telah mereka lakukan.
..
8. Menuju Ke Arah Kejayaan
Kejayaan merupakan motivasi utama untuk seorang usahawan. Apabila usahawan memulakan sesuau, beliau mempunyai semangat untuk menyelesaikannya, mengunggulinya dan mengejarserta mencapai cita-cita yang mencabar. Satu fahaman yang sering disalah ertikan mengenai usahawan adalah "Wang menjadi satu keinginan yang kuat". Kepada usahawan, wang hanya sekadar menunjukkan kejayaan yang mreka kecapi an wang bukan merupakan pemacu motivasi kepada usahawan.

..9. Kebolehan Menentukan Visi
Usahawan tahu apa yang ingin mereka capai. Mereka mempunyai visi atau konsep untuk firma mereka. Tidak semua usahawan mempunyai visi di awal pembukaan firma mereka. Di kebanyakan kes, visi dibangunkan setelah usahawan mula menyedari apa yang telah berlaku kepada firma tersebut.
..
10. Kemahiran Mengatur
Membawa peniagaan dari permulaan bukannya perkara yang mudah. Oleh itu, usahawan berkebolehan memilih dan mengumpul para pekerja seperti yang dikehendaki untuk menjayakan tugas tersebut. Usahawan berkebolehan untuk mengurus sumber mereka secara berkesan untuk menukarkan visi menjadi realiti.
..
11. Kawalan Fokus Dalaman
Usahawan percaya kejayaan atau kegagalan sesuatu usaha adalah bergantung kepada diri mereka sendiri. Kemajuan dan kemunduran berada di dalam kawalan dan pengruh mereka sendiri, dan mereka boleh mempengaruhi akibat yang akan berlaku hasil dari tindakan yang mereka lakukan.
..
12. Toleransi Terhadap Kegagalan
Usahawan tidak mudah kecewa, putus asa dan sedih apabila mengalami kegagalan. Mereka belajar dari kegagalan. Pada waktu yang sukar, mereka masih lagi mencari peluang yang ada. Kebanyakan usahawan percaya mereka lebih banyak belajar dari kegagalan berbanding kejayaan.

..13. Lebih Bertenaga
Usahawan adalah lebih bersemangat berbanding dengan kebanyakan orang. Usahawan perlu lebih bertenaga untuk membolehkan mereka menanggung beban yang besar dan tekanan yang akan mereka hadapi. Tenaga tersebut merupakan faktor utama untuk membolehkan mereka memulakan perniagaan.
..
14. Semangat Berpasukan
Usahawan yang berjaya selalunya mempunyai standard (kualiti) yan tinggi, bersemangat untuk membantu syarikat berkembang dan membangun.
..
15. Berdikari
Usahawan adalah seorang yang berdikari. Mereka suka menyelesaikan sesuatu tugas mengikut cara mereka. Ini tidak bermakna usahawan mesti membuat semua keputusan. Mereka mahu mempunyai kuasa (hak) untuk membuat keputusan yang penting.
..
16. Fleksibel
Usahawan tidak tegas terhadap perniagaan (pelaburan) mereka. Mereka amat fleksibel dan berkebolehan untuk menukar cara mereka mengikut kehendak pelanggan dan suasana perniagaan. Dengan ekonomi dunia yang sering berubah, sikap tegas (ketegasan) sering kali membawa kepada kegagalan.

CIRI-CIRI POSITIF UNTUK MENJADI SEORANG USAHAWAN


1. Semakin Tercabar, Semakin Kuat
Seseorang yang positif berperibadi kuat seumpama besi waja; semakin dibakar oleh keadaan, semakin menghadapi cabaran hidup, semakin teguh melayari kehidupan. Seseorang yang berperibadi lemah, laksana timah atau lilin; apabila terkena api, hancur lebur. Apabila terketuk oleh cabaran, berkecai!

Dr. Mahathir Mohamad banyak memberi contoh yang cemerlang kepada kita semua. Lagi banyak masalah yang dihadapi, lagi bertambah kuat beliau. Seperti gam "exhaust pipe", semakin kepanasan, semakin keras mencengkam! Orang lain sudah habis dan gawat idea, beliau keluar pula dengan idea yang mengejutkan! 

2. Melihat Peluang Dalam Kegawatan
Orang yang negatif melihat kegawatan sebagai penghalang kemajuan. Tetapi, orang yang positif dapat melihat peluang keemasan dalam kegawatan!
Kisah hidup Onassis amat menarik perhatian saya. Aristotle Onassis, seorang jutawan Greek di Argentina, asalnya adalah seorang budak miskin. Ia pindah ke Argentina dari Greek untuk membina satu penghidupan baru di sana. Umurnya waktu itu hanya 17 tahun.
Lepas Perang Dunia Kedua, dunia menghadapi kemelesetan ekonomi yang sangat teruk; banyak syarikat muflis; ramai orang yang jadi miskin dan papa, malah, ramai juga orang yang hilang harapan. Tetapi, Onassis tidak membiarkan dirinya menjadi gagal. Ia tekad mencari peluang dalam kekemelutan itu. Beliau telah nampak suatu peluang. Onassis sedar yang tentera-tentera Amerika Syarikat sedang menghadapi masalah kelebihan kapal perang; kapal-kapal tidak lagi digunakan untuk berperang. Dia telah membeli kapal-kapal kecil tentera Amerika Syarikat itu dengan harga yang murah. Setelah membuat sedikit-sedikit pindaan, kapal-kapal tersebut sudah boleh digunakan bagi mengangkut barang-barang dagangan.
Onassis yang positif telah dapat melihat peluang dalam kegawatan, manakala, orang lain yang negatif lebih melihat halangan-halangan dalam kegawatan.
3. Sentiasa Berusaha Bersungguh-sungguh
Seseorang yang positif berpegang kepada falsafah: kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Fokusnya ialah untuk mencapai kejayaan; mencapai matlamat yang telah ditetapkannya dengan penuh kesungguhan dan keberanian.
Sesuai dengan kata-kata nasihat Paul Getty, seorang bilionaire Amerika bahawa untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan, seseorang itu hendaklah membuat dua perkara ini:
Pertama: TETAPKAN SATU MATLAMAT BESAR 
Kedua: MENCAPAINYA DENGAN PENUH KEBERANIAN! penjelasan!

4. Tidak Menyalahkan Keadaan
Seseorang yang positif tidak mengeluh atau mengecam bila ditimpa musibah atau terdapat kekurangan pada dirinya. Sebaliknya ia menggunakan kekurangan-kekurangannya itu untuk kebaikan kepada dirinya serta orang lain.
Napoleon yang kecil dan rendah iaitu 5 kaki 1 inci sahaja, selalu dipermain-mainkan oleh rakan-rakannya di Maktab Tentera tempat ia belajar. Tambahan pula, Napoleon ialah seseorang yang berasal dari Pulau Corsica, pulau yang dipandang tidak begitu penting oleh orang-orang Perancis.
Kerana itu, Napoleon telah berazam untuk menunjukkan / membuktikan kepada rakan-rakannya yang selalu mengejek-ejeknya itu bahawa ia lebih baik daripada mereka. Ia telah belajar ilmu ketenteraan dengan bersungguh-sungguh. Akhirnya, beliau telah menjadi Maharaja Perancis - menakluki tiga suku Benua Eropah.
Kekurangannya serta ejekan-ejekan dari rakan-rakannya itulah yang mendorongnya menjadi panglima terkenal.
5. Mendengar Dahulu Pendapat Orang Lain
Orang-orang yang positif tidak mengenepikan kecaman-kecaman musuhnya misalnya dengan terus mengatakan orang itu salah. Tetapi, ia akan mendengar kecaman-kecaman tadi dan memikirkan betulkah ia salah atau tidak. Perlu diingat, bahawa, bila orang mengecam, tentulah ada sebab-sebabnya. Kadang-kadang daripada kecaman orang lain, kita boleh dapat petunjuk untuk membaiki diri dan kerja kita.
Presiden Abraham Lincoln pernah dikecam oleh Menteri Pertahanannya, Edward Stanton. Ia telah digelar oleh Stanton sebagai seorang dungu. Adakah Lincoln marah dan memecat Menteri Pertahanan itu? Tidak! Sebaliknya, ia telah bertanya kepada Stanton mengapa ia berkata demikian? Stanton telah menerangkan bahawa langkah Lincoln memindahkan beberapa batalion tentera ke suatu tempat itu hanya akan merugikan kerajaan Amerika Syarikat. Presiden Lincoln yakin terhadap penjelasan Stanton itu, lalu menarik balik rancangannya tadi.
Sebaliknya, pemimpin-pemimpin yang tidak mengindahkan kecaman orang bahawa dasar pentadbiran dan ekonominya tidak dapat membawa keadilan sosial kepada rakyatnya, akhirnya, terpaksa meletakkan jawatan atau kalah di piliharaya dalam keadaan yang mengaibkan, malah ada juga yang akhirnya dibunuh oleh rakyatnya sendiri!!!
Inilah yang perlu diberi perhatian oleh pemimpin-pemimpin termasuk di negara kita. Mereka bukan sahaja perlu mendengar dengan telinga tetapi juga dengan matahati, dan minda terhadap setiap rintihan rakyat (pengundi) sama ada yang tersurat atau tersirat. Jika ini dapat diamalkan, insya-Allah, rakyat akan merasa sentiasa terbela dan terus memberi sokongan. Jika tidak, rakyat boleh bertindak balas! Rakyat adalah pelanggan yang MESTI diberi layanan yang adil, cemerlang serta kepuasan oleh pemimpin-pemimpin (wakil rakyat-wakil rakyat).
6. Sentiasa Mencari Jalan Memperbaiki Diri
Orang yang positif sedar bahawa apa yang dilihat sebagai terbaik pada hari ini mungkin hanya dinilai sebagai sederhana saja 10 tahun akan datang. Oleh kerana itu, orang yang positif tidak henti-henti mencari jalan untuk memperbaiki kehidupannya / kebajikan rakyatnya.
Peter Drucker, seorang profesor ilmu pengurusan Amerika Syarikat ada berkata: "Pengurus yang berjaya sentiasa bertanya kepada dirinya apakah yang boleh ia buat, bukan apa yang orang lain patut buat untuk dia."
7. Sentiasa Bangun Apabila Terjatuh
Orang yang positif tidak gemar dengan sikap suka berputus asa.
Orang yang positif memandang sesuatu kegagalan itu pada sudut positif. Mereka memandang kegagalan sebagai guru terbaik dalam konteks mencapai kejayaan.
Oleh kerana itu, orang-orang yang positif walau betapa teruk pun mereka jatuh akan terus berusaha untuk bangun semula serta berusaha mengukir kejayaan yang lebih besar daripada sebelum mereka mengalami kegagalan / kejatuhan.
Oleh itu, janganlah sekali-kali berputus asa. Sikap berputus asa adalah amalan syaitan. Allah mencintai makhluk-makhlukNya yang positif dan cekal serta sentiasa memohon keredaanNya. Insya-Allah.